Bidang : ORKESTRA MUDA BAINUN
Pengenalan dan matlamat
Orkestra Muda Bainun merupakan aspek kebitaraan yang dipilih dan perlu dibangunkan. Peruntukan dari bajet sekolah kluster kecemerlangan akan dibelanjakan untuk memperkasakan dan memantapkan orkestra muda yang sudah sedia ada di SMK Raja Permaisuri Bainun. Orkestra Muda Bainun telah mencapai tahap tertinggi dalam persembahan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Peruntukan sekolah kluster ini akan dibelanjakan untuk melengkapkan peralatan, membiayai tenaga pengajar luar an melengkapkan prasarana bilik khas. Adalah diharapkan dengan memantapkan aktiviti ini sebagai 'niche area' di SMK Raja Permaisuri Bainun, bukan sahaja dapat memartabatkan sekolah ini sebagai sekolah kluster cemerlang tetapi juga melonjakkan seni muzik tanahair ke peringkat global.
Objektif
Menyediakan ruang dan peluang kepada sekurang-kurangnya 1 kumpulan orkestra pelajar yang mantap.
Mempunyai seramai 100 pelajar untuk mengembangkan potensi seni muzik dalam tempoh 2008-2010.
Sebanyak 100% pelajar lulus dalam peperiksaan pendidikan muzik.
Mempunyai 2 orang guru muzik yang mempunyai kelayakan bertauliah.

Bidang : BIG (BINA INSAN GEMILANG)
Pengenalan dan matlamat
Program Bina Insan Gemilang (BIG) direkabentuk khusus untuk membangunkan jati diri pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun. Program BIG memberi fous kepada membina sikap pelajar yang bermula daripada pemikiran, perasaan dan tindakan. Aspek ini diberi penekanan kerana tanpa sikap yang positif para pelajar tidak mampu menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pelajar atau generasi pelapis negara di masa hadapan. Program BIG ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar, menjalankan penyelidikan secara ilmiah, mengembangkan nakat kepimpinan, memahami peranan sebagai individu dan warga negara yang bertanggungjawab, memahami sejarah dan hala tuju pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Program BIG diharap dapat mengembangkan potensi diri secara menyeluruh.
Objektif
Menganjurkan tiga ceramah kepimpinan perdana oleh tokoh tersohor negara untuk semua pelajar dalam setahun.
Semua pelajar menyediakan portfolio kendiri yang bertujuan memahami potensi diri, menetapkan matlamat diri, membuat perancangan strategik pembelajaran ke arah pembinaan sikap positif..
Menghasilkan 4 kajian separa ilmiah sebagai latihan penyelidikan dalam usaha memahami permasalahan sosio-bidaya dan psikologi kelompok remaja masa kini.
Setiap pelajar menjalankan aktiviti sukarela sekali setahun.
Mencapaijohan dalam pertandingan Kuiz Perdana dan pertandingan pidato peringkat negeri Perak dan kebangsaan tahun 2010.
Seramai 20% pelajar berkebolehan menjadi fasilitator dalam program Pembimbing Rakan Sebaya bagi mengasuh bakat kepimpinan mereka.
Menghasilkan 5 modul latihan kepimpinan pelajar menjelang 2010.
Bidang : PEMBUDAYAAN BAHASA INGGERIS
Pengenalan dan matlamat
'LIFE' singkatan bagi 'LIVING IN FINE ENGLISH' menggambarkan satu budaya sekolah di mana warganya fasih bertutur Bahasa Inggeris. 'LIFE' juga menggambarkan keindahan Bahasa Inggeris yang diterjemahkan dalam penghayatan warga sekolah dalam membudayakan Bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa. Justeru 'LIVE' digunakan sebagai nama kluster ini kerana ia menunjukkan bahawa projek ini merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada kluster kecemerlangan SMKRPB. Program ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa lingua franca supaya pelajar SMKRPB dapat menghadapi cabaran di peringkat tertiary dan seterusnya menghadapi cabaran di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Objektif
Meningkatkan keputusan PMR dan SPM dari segi kualiti dengan 80% pelajar mencapai skor A dalam peperiksaan PMR dan 50% dalam peperiksaan SPM dalam matapelajaran Bahasa Inggeris menjelang tahun 2012.
Menambah sebanyak 5% penyertaan pelajar dalam bidang koakademik dan melahirkan pasukan pidato yang mantap di peringkat negeri menjelang tahun 2012.
Memperkasakan kemahiran pembacaan, pemahaman, penulisan dan pertuturan melalui penggunaan makmal ICT sebanyak 100% dalam pelajar.