"|SMK Raja Permaisuri Bainun 30020 Ipoh Perak. |Tel : 05 526 7522 | Fax : 05 526 5334 | Email : pejabat@smkrpbainun.net |"
Daftar Masuk
Nama Samaran:

Kata Laluan:


Lupa Kata Laluan?

Daftar Sekarang!
Menu Utama
Menu Sekolah
Menu Pelajar
Aplikasi Talian
Kiriman Terbanyak
1 admin 586
2 eCliPs 208
3 miNekO 147
4 burhan 61
5 Helmy 58
6 -armyQ 56
7 jack 49
8 awie 47
9 fanad 46
10 d_daNi 37
Artikel Terkini
Kasih Seorang... [2009-09-13 21:44:06]
...
Muhasabah Dir... [2009-09-13 21:32:52]
...
Hentikan IE [2008-12-25 15:20:53]
...
25 pesanan Lu... [2008-10-28 20:01:13]
...
Al-Haitham - ... [2008-10-23 20:51:48]
...
Keseimbangan ... [2008-10-23 20:44:49]
...
Apakah Hostin... [2008-10-18 16:17:46]
...
Sekolah Klust... [2008-10-18 11:54:19]
...
Artikel Popular
Ahli Baru
NHMS 2010/9/3
shayz 2010/9/2
asdf 2010/8/27
asdfas 2010/8/27
nadey 2010/8/27
azniza 2010/8/27
saxist 2010/8/22
isd 2010/8/22
bo0lat 2010/8/21
anyse 2010/8/21
e_pain 2010/8/21
eepara 2010/8/17
syamil 2010/8/13
Undian
Berapa jam anda mengulangkaji pelajaran dalam sehari?
Kurang dari 1 jam
1 jam
2 jam
3 jam
4 jam
Tetamu Di Talian
8 pengguna sedang online (2 pengguna sedang melayari Artikel)

Ahli: 0
Pelawat: 8

lagi...
Jumlah Pelawat
Perisian Sumber Terbuka (OSS)
  Diahntar pada Sat 18 Oct 2008 oleh admin (1033 kali dibaca)

Tahun 2008 Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51. Telah 51 tahun Malaysia membebaskan dirinya daripada pelbagai bentuk penjajahan bermula daripada penjajahan politik dan pentadbiran negara dan kemudiannya ekonomi.

Malaysia berjaya berdiri atas kaki sendiri dan makin yakin terhadap diri kita sendiri.

Dunia ICT kini menjadi peneraju utama dalam ekonomi dunia. Kemajuan yang pesat dan perkembangan teknologi ICT telah mewujudkan satu keadaan kita terlalu bergantung kepada teknologi ICT untuk setiap perkara dalam kehidupan manusia.

Komputer, Internet dan perisian kini menjadi keperluan utama kepada setiap kegiatan manusia. Dimana-mana boleh dilihat komputer gunakan dan hampir 90 peratus dipasang dengan sistem operasi Windows syarikat Microsoft Amerika Syarikat.

Keadaan ini membolehkan syarikat-syarikat besar dalam ICT mewujudkan satu keadaan monopoli. Kita seperti tiada pilihan. Tiada pilihan sehingga dianggap menggunakan perisian tanpa membayar lesen merupakan satu kesalahan jenayah.

Kita sebagai pengguna dan juga kerajaan dipaksa untuk membayar harga pelesenan mencecah berjuta-juta ringgit Malaysia.

Berjuta-juta ringgit yang pengguna komputer Malaysia dan kerajaan Malaysia bayar untuk bayaran perlesenan, hanya mengalir keluar daripada negara Malaysia. Tiada kesan atau faedah yang jelas terhadap kita rakyat Malaysia. Semuanya hanya harga diatas kertas.

Bayangkan sekiranya pembayaran perlesenan dialirkan kepada industri ICT Malaysia, ia boleh menjanakan pelbagai peluang dan tindakan yang boleh menghasilkan pelbagai kesan positif terhadap industri ICT Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kembangkan kemajuan ICT negara Malaysia. Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk latihan tenaga manusia agar lahir pakar-pakar ICT. Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan teknikal dan perkhidmatan dalam negara.

Perkara-perkara diatas membolehkan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada syarikat-syarikat ICT negara luar dan aliran keluar ringgit Malaysia dapat dikurangkan. Adalah baik duit tersebut digunakan untuk pembangunan sumber manusia bidang ICT yang membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih baik lagi.

Malah ada usaha untuk meningkatkan harga perlesenan tanpa memikirkan akibat kepada perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kos perlesenan dinaikkan semata-mata untuk keuntungan tanpa rasa perlu ambil berat terhadap keperluan negara Malaysia. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ICT ini bukanlah berasal daripada Malaysia.

Penjajahan bentuk baru. Menekan sesebuah negara dengan bayaran perlesenan.

Kita perlu merdekakan diri kita daripada penjajahan ICT ...

Open Source Software (OSS) atau Perisian sumber terbuka mewujudkan satu lagi pilihan kepada Malaysia. Perlesenan bagi perisian sumber terbuka (OSS) adalah percuma. Ia boleh dimiliki tanpa perlu membayar apa-apa kos perlesenan.

Perisian sumber terbuka (OSS) bukan sekadar percuma daripada segi harga perlesenan. Free dalam maksud OSS, bermaksud perisian sumber terbuka, boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula sebanyak mana pun, tanpa sekatan perlesenan.

Lagi membezakan perisian sumber terbuka (OSS) dengan yang lain adalah kod sumber, iaitu bagaimana ia dibangunkan, boleh didapati dan disebarkan. Malah perlesenan sumber terbuka, membolehkan kod-kod sumber tersebut diubah dan dibaiki oleh mana-mana individu dan pihak, dengan syarat perubahan yang dilakukan dikongsikan semula kepada pembangun perisian sumber terbuka (OSS) dan orang ramai dan mengekalkan bentuk asal perlesenan.

Perisian Sumber Terbuka (OSS) mewujudkan keadaan budaya pembangunan yang berlainan daripada cara-cara sebelum ini. Pembangunan perisian sumber terbuka (OSS) boleh dilakukan secara bersama, melalui Internet tanpa perlu para pembangunnya duduk dalam satu tempat. Ia turut mewujudkan apa yang dikatakan usaha gotong royong, kerja sama antara para pembangun perisian daripada pelbagai pelusuk dunia saling menyumbang menghasilkan perisian sumber terbuka (OSS).

Gotong royong ini membolehkan perisian sumber terbuka (OSS) dibangunkan menggunakan hasil pengalaman dan pengetahuan pakar-pakar serata dunia, mewujudkan kawalan mutu yang tinggi dan sistem pertolongan dalam talian dalam pelbagai cara komunikasi Internet sama ada Email, IRC, Forum, blog dan pelbagai lagi.

Kekuatan gotong royong ini menghasilkan sistem operasi Linux, Desktop Gnome dan KDE dan OpenOffice.org yang mampu malah telah menggugatkan pelbagai perisian lesen berbayar.

Pada 19 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggalakkan penggunaan aplikasi sumber terbuka (OSS) dalam sektor awam. The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri telah dimandatkan untuk mengetuai dan melaksanakan OSS dalam sektor awam.

Pada 16 Julai 2004, Malaysian Public Sektor OSS Master Plan (OSS Master Plan) telah dikeluarkan sejajar dengan pelancaran Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU.
Indek :: Cetak :: E-mail
Komen ini dimiliki oleh pengirim. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya.
Pengirim Thread
IdznI
Dihantar: 2008/11/2 15:22  Kemaskini: 2008/11/2 15:22
Ahli Senior
Ikut: 2008/11/2
Dari:
Kiriman: 22
 _CM_RE: Perisian Sumber Terbuka (OSS)
betul ape yg d bicarakn,
saya sokong,
hoooooooooo
awie
Dihantar: 2009/5/4 16:48  Kemaskini: 2009/5/4 16:48
Ahli Senior
Ikut: 2008/10/16
Dari: anywhere™
Kiriman: 47
 _CM_RE: Perisian Sumber Terbuka (OSS)
artikel ni bagus la...
slalu baca bahasa ing...
susah skit nk fhm...
ni dlm melayu...
seng skit...
ake3m
Dihantar: 2009/7/26 16:35  Kemaskini: 2009/7/26 16:35
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/20
Dari: Ipoh Perak
Kiriman: 10
 _CM_RE: Perisian Sumber Terbuka (OSS)
ooowww...
ake3m
Dihantar: 2009/7/26 16:36  Kemaskini: 2009/7/26 16:36
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/20
Dari: Ipoh Perak
Kiriman: 10
 _CM_RE: Perisian Sumber Terbuka (OSS)
no comment..
haha..
Adie
Dihantar: 2010/2/15 5:23  Kemaskini: 2010/2/15 5:23
Ahli Senior
Ikut: 2008/12/24
Dari: Antare 2 Batu
Kiriman: 22
 _CM_RE: Perisian Sumber Terbuka (OSS)
pebende yg dy ngarot dlm artkel 2 td??? aku sggh2 xfhm ni... blur gler nk mmposs uh...
"|Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Terima kasih.|"