"|SMK Raja Permaisuri Bainun 30020 Ipoh Perak. |Tel : 05 526 7522 | Fax : 05 526 5334 | Email : pejabat@smkrpbainun.net |"
Daftar Masuk
Nama Samaran:

Kata Laluan:


Lupa Kata Laluan?

Daftar Sekarang!
Menu Utama
Menu Sekolah
Menu Pelajar
Aplikasi Talian
Kiriman Terbanyak
1 admin 586
2 eCliPs 208
3 miNekO 147
4 burhan 61
5 Helmy 58
6 -armyQ 56
7 jack 49
8 awie 47
9 fanad 46
10 d_daNi 37
Artikel Terkini
Kasih Seorang... [2009-09-13 21:44:06]
...
Muhasabah Dir... [2009-09-13 21:32:52]
...
Hentikan IE [2008-12-25 15:20:53]
...
25 pesanan Lu... [2008-10-28 20:01:13]
...
Al-Haitham - ... [2008-10-23 20:51:48]
...
Keseimbangan ... [2008-10-23 20:44:49]
...
Apakah Hostin... [2008-10-18 16:17:46]
...
Sekolah Klust... [2008-10-18 11:54:19]
...
Artikel Popular
Ahli Baru
NHMS 2010/9/3
shayz 2010/9/2
asdf 2010/8/27
asdfas 2010/8/27
nadey 2010/8/27
azniza 2010/8/27
saxist 2010/8/22
isd 2010/8/22
bo0lat 2010/8/21
anyse 2010/8/21
e_pain 2010/8/21
eepara 2010/8/17
syamil 2010/8/13
Undian
Berapa jam anda mengulangkaji pelajaran dalam sehari?
Kurang dari 1 jam
1 jam
2 jam
3 jam
4 jam
Tetamu Di Talian
8 pengguna sedang online (2 pengguna sedang melayari Artikel)

Ahli: 0
Pelawat: 8

lagi...
Jumlah Pelawat
Nilai Tudung Wanita
  Diahntar pada Sat 18 Oct 2008 oleh admin (1698 kali dibaca)
Di sini kita inginmenyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagairenungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandanganlelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuhberkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanitayang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanlah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Indek :: Cetak :: E-mail
Komen ini dimiliki oleh pengirim. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya.
Pengirim Thread
sluppy
Dihantar: 2008/10/23 10:31  Kemaskini: 2008/10/23 10:31
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari: madagascar
Kiriman: 4
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
bagus
zam
Dihantar: 2008/10/23 10:31  Kemaskini: 2008/10/23 10:31
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
baguih la ada artikel macam nie
kpd pompuan tu
pikir2 le kalo tak mau pakai tudung
nur
Dihantar: 2008/10/27 8:42  Kemaskini: 2008/10/27 8:42
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/27
Dari: ipoh, Perak
Kiriman: 7
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
fikirla sikit....wahai prmpuan yg tdk btudung....
sr_dru
Dihantar: 2008/11/2 13:52  Kemaskini: 2008/11/2 13:52
Ahli Senior
Ikut: 2008/10/27
Dari: dunia yg sementara
Kiriman: 31
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
kpd sume pompuan biarlah panas di dunia sbb pakai tudung jagn panas kat akhirat kelak....fikir-fikirkan
IdznI
Dihantar: 2008/11/2 15:16  Kemaskini: 2008/11/2 15:16
Ahli Senior
Ikut: 2008/11/2
Dari:
Kiriman: 22
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
wanita mmg lawa kalau pakai tudung,
tu yg org melayu lawa?SOkong x?
pakai lah tudung bgi wanita,
laki x yah la kan
burhan
Dihantar: 2008/11/2 15:49  Kemaskini: 2008/11/2 15:49
Moderator
Ikut: 2008/10/20
Dari: Taiping
Kiriman: 61
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
jenayah rogol yg berlaku majoritinye berpunce drpd wanita itu tersendiri yg tidak menutup auratnye, so jagelah aurat anda agar kesucian dirimu terjamin... chewoh
waR_iT
Dihantar: 2008/11/2 16:26  Kemaskini: 2008/11/2 16:26
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari:
Kiriman: 4
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
Pkai tudung tu mmg bagus,dpt pahale lg.Tp ade sstngah tu pkai tudung hnye krn trpakse.
Prcayalah wajah yg mmakai tdg 3kali ganda ayu dr mnusia yg auratnya trdedah
sluppy
Dihantar: 2008/11/3 13:52  Kemaskini: 2008/11/3 13:52
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari: madagascar
Kiriman: 4
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
tudung saji pown x ternilai hargenye..
annazu
Dihantar: 2008/11/3 14:05  Kemaskini: 2008/11/3 14:05
Ahli Baru
Ikut: 2008/11/3
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
artikel yg bagus...harap yang tak insaf...insaf lerr....
zatiey
Dihantar: 2008/11/6 9:22  Kemaskini: 2008/11/6 9:22
Ahli Baru
Ikut: 2008/11/6
Dari: selama,taiping
Kiriman: 1
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
bagus ar..biar pompuan thu yg tdung 2 pnting
fikkri
Dihantar: 2008/11/11 15:57  Kemaskini: 2008/11/11 15:57
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari:
Kiriman: 4
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
pttnye pmpuan kne pkai tdg sjk kecik
pmpuan y pkai tdg lg manis dr y xpkai
hasina
Dihantar: 2008/11/27 15:23  Kemaskini: 2008/11/27 15:23
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/23
Dari: somewhere
Kiriman: 9
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
bgus...pkai tudung 2 bknnye ble da brsedia,tp da mmg wajib...mcm smyg gak laa...xkan tunggu kte brsedia bru nak tunaikn solat kn??kn???
zyra
Dihantar: 2008/12/27 22:47  Kemaskini: 2008/12/27 22:47
Ahli Baru
Ikut: 2008/12/27
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
aku sokong k??
pompuan nk di kiri..cantek lg pakai tdung..
nampak ayu..
cun jdnyer..
blog ni panjang ah..malas skit nk bce..hahax
anyway..be the best beat the rest
miNekO
Dihantar: 2008/12/31 21:17  Kemaskini: 2008/12/31 21:17
Moderator
Ikut: 2008/12/12
Dari: ipoh,perak
Kiriman: 147
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
sbg umat islam dan muslim sejati,suruhan allah kenalah kite patuhi..kite ni lahir sbg islam ptt bersyukur drpd org yg terpaksa menempuh byk halangan dan dugaan untuk memeluk agama islam..tutup aurat,solat lima waktu sehari puasa d bln ramadhan xkan tu pun ssh.sedih btul aku ngan bdk zaman skrang..
a_poy
Dihantar: 2009/2/15 20:45  Kemaskini: 2009/2/15 20:45
Ahli Baru
Ikut: 2009/2/15
Dari:
Kiriman: 3
 ayu
btdung krna Allah... bkn krna spa2.. kita kna iklas... bkn ka cntik bla btdung.. tp jgn r jdi syaitan disblik tdung dah lah.. huhuhhuuuu
fanad
Dihantar: 2009/3/20 14:25  Kemaskini: 2009/3/20 14:25
Ahli Senior
Ikut: 2008/10/16
Dari: on the earth...
Kiriman: 46
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
setuju sgt.....
nanieD
Dihantar: 2009/4/23 20:30  Kemaskini: 2009/4/23 20:30
Ahli Baru
Ikut: 2009/4/23
Dari: on the green earth
Kiriman: 2
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
Harap-harap semua wanita betudung menginsafi kesilapan diri dan kekurangan diri yang mungkin tidak kita sedari selama ini. Terimakasih diatas peringatan ini.
awie
Dihantar: 2009/5/5 18:32  Kemaskini: 2009/5/5 18:32
Ahli Senior
Ikut: 2008/10/16
Dari: anywhere™
Kiriman: 47
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
semua komen sempoi nye...
ak sokong smua...
miNekO
Dihantar: 2009/6/2 17:20  Kemaskini: 2009/6/2 17:20
Moderator
Ikut: 2008/12/12
Dari: ipoh,perak
Kiriman: 147
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
ingatlah bahawa kiamat semakin dekat....
taubatlah sebelum terlambat........
ake3m
Dihantar: 2009/7/26 16:30  Kemaskini: 2009/7/26 16:30
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/20
Dari: Ipoh Perak
Kiriman: 10
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
kan elok kalo pakai tudung elok2...
ayin
Dihantar: 2009/9/19 11:40  Kemaskini: 2009/9/19 11:41
Ahli Baru
Ikut: 2009/9/19
Dari:
Kiriman: 4
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
respec gle kt gurls yg pake tudung tu... ngat sket kte org pompuan
Mcjuly
Dihantar: 2009/10/31 14:12  Kemaskini: 2009/10/31 14:12
Ahli Junior
Ikut: 2009/10/30
Dari: alor star ,kedah jelapang padi
Kiriman: 10
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
honestly, aku pakai tudung ikhlas tapi aku putus ngan x aku dulu sebab dia tak suka perempuan yang pakai tudung.tapi bgus jgk..skang aku dah dapat lelaki yang betul-betul menerima aku seadanya..
husna8
Dihantar: 2009/11/4 21:17  Kemaskini: 2009/11/4 21:17
Ahli Junior
Ikut: 2009/10/26
Dari: Ipoh, Perak
Kiriman: 14
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
Ini artikel aa, manyak bagus maa... he3... aku tabik spring kt org yg anta artikel nie!!!
Idati
Dihantar: 2010/1/2 14:33  Kemaskini: 2010/1/2 14:33
Ahli Baru
Ikut: 2010/1/2
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: ayu
haha...ade gx eyh setan di sbalik tdung...~
husna8
Dihantar: 2010/2/12 16:34  Kemaskini: 2010/2/12 16:34
Ahli Junior
Ikut: 2009/10/26
Dari: Ipoh, Perak
Kiriman: 14
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
'ISLAM IS THE WAY OF LIFE...'
husna8
Dihantar: 2010/2/12 16:36  Kemaskini: 2010/2/12 16:36
Ahli Junior
Ikut: 2009/10/26
Dari: Ipoh, Perak
Kiriman: 14
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
Semoge berbahagia...
Adie
Dihantar: 2010/2/15 5:18  Kemaskini: 2010/2/15 5:18
Ahli Senior
Ikut: 2008/12/24
Dari: Antare 2 Batu
Kiriman: 22
 _CM_RE: Nilai Tudung Wanita
wlupon ak ni jnis yg xsempurne sgt...pki 2dung tp pki bj ktat,tp ak lg plik lg kat org yg bg alasan 'xsmpy seru' lg nk pki 2dung... wut da hal?!?!siyes ak xfhm lgsg org2 cmni...pki 2dung 2 wajib...bkn kene tggu seru dlu bwu pki... sengal tol org zaman skang...
"|Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Terima kasih.|"