"|SMK Raja Permaisuri Bainun 30020 Ipoh Perak. |Tel : 05 526 7522 | Fax : 05 526 5334 | Email : pejabat@smkrpbainun.net |"
Daftar Masuk
Nama Samaran:

Kata Laluan:


Lupa Kata Laluan?

Daftar Sekarang!
Menu Utama
Menu Sekolah
Menu Pelajar
Aplikasi Talian
Kiriman Terbanyak
1 admin 586
2 eCliPs 208
3 miNekO 147
4 burhan 61
5 Helmy 58
6 -armyQ 56
7 jack 49
8 awie 47
9 fanad 46
10 d_daNi 37
Artikel Terkini
Kasih Seorang... [2009-09-13 21:44:06]
...
Muhasabah Dir... [2009-09-13 21:32:52]
...
Hentikan IE [2008-12-25 15:20:53]
...
25 pesanan Lu... [2008-10-28 20:01:13]
...
Al-Haitham - ... [2008-10-23 20:51:48]
...
Keseimbangan ... [2008-10-23 20:44:49]
...
Apakah Hostin... [2008-10-18 16:17:46]
...
Sekolah Klust... [2008-10-18 11:54:19]
...
Artikel Popular
Ahli Baru
NHMS 2010/9/3
shayz 2010/9/2
asdf 2010/8/27
asdfas 2010/8/27
nadey 2010/8/27
azniza 2010/8/27
saxist 2010/8/22
isd 2010/8/22
bo0lat 2010/8/21
anyse 2010/8/21
e_pain 2010/8/21
eepara 2010/8/17
syamil 2010/8/13
Undian
Berapa jam anda mengulangkaji pelajaran dalam sehari?
Kurang dari 1 jam
1 jam
2 jam
3 jam
4 jam
Tetamu Di Talian
9 pengguna sedang online (2 pengguna sedang melayari Artikel)

Ahli: 0
Pelawat: 9

lagi...
Jumlah Pelawat
Kasih Seorang Ibu
  Diahntar pada Sun 13 Sep 2009 oleh admin (1012 kali dibaca)
Credit To : miNekO

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..
Indek :: Cetak :: E-mail
Komen ini dimiliki oleh pengirim. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya.
Pengirim Thread
miNekO
Dihantar: 2009/12/12 18:25  Kemaskini: 2009/12/12 18:25
Moderator
Ikut: 2008/12/12
Dari: ipoh,perak
Kiriman: 147
 _CM_RE: Kasih Seorang Ibu
hahhahah.....ok x artikel ni....
golek
Dihantar: 2010/3/28 14:35  Kemaskini: 2010/3/28 14:35
Ahli Baru
Ikut: 2009/9/6
Dari:
Kiriman: 2
 _CM_RE: Kasih Seorang Ibu
ok la... cuba bayang kan kalu kita yg menjadi seperti itu
msf
Dihantar: 2010/4/3 15:29  Kemaskini: 2010/4/3 15:29
Ahli Junior
Ikut: 2010/4/3
Dari: kat ipoh sje..
Kiriman: 8
 _CM_RE: Kasih Seorang Ibu
bagus same skali...
syu
Dihantar: 2010/6/10 17:11  Kemaskini: 2010/6/10 17:11
Ahli Baru
Ikut: 2009/3/4
Dari: serdang, selangor
Kiriman: 1
 aiman diyana pawan chik
sesiapa yang tau camne nak contact aiman diyana pawan chik tolong contact syuhaida shafawi 0164442095....urgent...batch 1999-2001...pliz...urgent....
"|Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Terima kasih.|"