| Hentikan IE |
|---|
| Diahntar pada Thu 25 Dec 2008 oleh admin (1144 kali dibaca) |
|
Di dalam apa yang disifatkan sebagai ancaman paling serius terhadap keselamatan penggunaan internet, pengguna semua versi pelayar (browser) Internet Explorer kini terdedah kepada ancaman menjadi mangsa "computer hijacking" disebabkan oleh kecacatan software IE itu sendiri. Sehingga kecacatan itu dapat diperbetulkan, pakar-pakar dalam Internet Security menasihatkan agar pengguna IE menukar kepada browser yang lain. Menurut pengeluar software anti-virus Trend Micro, sejak minggu lepas sebanyak 10,000 laman telah diserang. Biarpun setakat ini Microsoft hanya mengesan serangan pada versi yang paling banyak digunakan versi 7, syarikat itu memberi amaran kepada pengguna versi yang lain agar lebih berwaspada. Kecacatan software IE membolehkan penjenayah mengemudi komputer mangsa dengan memperdayakan agar mangsa melawat laman web yang telah dipasang dengan kod untuk mencuri password permainan komputer yang emudiannya dijual di pasaran gelap. Apa yang lebih ditakuti ialah kecacatan software IE ini berkemungkinan "dimanipulasikan oleh penjenayah yang lebih cenderung kepada jenayah kewangan yang lebih besar". Inilah yang dibimbangkan sekarang kata Paul Ferguson (Trend Micro security researcher Paul Ferguson). Inilah kecacatan software yang juga dipanggil kecacatan "zero-day" yang belum diperbaiki oleh pembuat-pembuat software ini. Kecacatan ini menjadi lombong emas kepada penjenayah kerana pengguna hanya mempunyai sedikit peluang untuk menangkisnya. Microsoft mengatakan bahawa mereka telah dan sedang menyiasat kecacatan tersebut. Mereka merancang memperbaiki kecacatan ini melalui satu penghantaran kecemasan software update yang berasingan daripada update bulanan. |
| Indek :: Cetak :: E-mail |
Komen ini dimiliki oleh pengirim. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya.
| Pengirim | Thread |
|---|---|
| Helmy | Dihantar: 2009/1/31 23:00 Kemaskini: 2009/1/31 23:00 |
Ahli Senior ![]() ![]() Ikut: 2008/11/15 Dari: Kamunting / Depan Screen Komputer Kiriman: 58 |
puhh... nasib baik pakai google chrome. bahaya jugak IE nie....
|
| eCliPs | Dihantar: 2009/2/12 16:32 Kemaskini: 2009/2/12 16:32 |
Moderator ![]() ![]() Ikut: 2008/11/2 Dari: Hujung Dunia Kiriman: 208 |
firefox is da best!!
|
| Helmy | Dihantar: 2009/3/22 11:00 Kemaskini: 2009/3/22 11:00 |
Ahli Senior ![]() ![]() Ikut: 2008/11/15 Dari: Kamunting / Depan Screen Komputer Kiriman: 58 |
Saya mengsyorkan mengunakan google chrome kerana mudah untuk digunakan dan laju.
|
| awie | Dihantar: 2009/5/4 16:32 Kemaskini: 2009/5/4 16:32 |
Ahli Senior ![]() ![]() Ikut: 2008/10/16 Dari: anywhere™ Kiriman: 47 |
biar btul..
teruk sgt la IE ni kire nye...thx for da information... nampaknye kene tukar browser la plak... |
| ake3m | Dihantar: 2009/7/26 16:25 Kemaskini: 2009/7/26 16:25 |
Ahli Junior ![]() ![]() Ikut: 2008/10/20 Dari: Ipoh Perak Kiriman: 10 |
tapi nape kat makmal bestari masih lagi gune IE..
kate bahaye..? |
| aduka | Dihantar: 2009/8/3 13:01 Kemaskini: 2009/8/3 13:01 |
Ahli Baru ![]() ![]() Ikut: 2009/8/3 Dari: Kuala Lumpur Kiriman: 1 |
tak lah bahaya....sekarang ni IE versian 8 telah keluar dan telah di upgradekan segala kepincangan yg lalu..
|
| den0 | Dihantar: 2009/12/2 16:31 Kemaskini: 2009/12/2 16:31 |
Ahli Baru ![]() ![]() Ikut: 2009/12/1 Dari: Kiriman: 1 |
Hmm... pkai la google chrome... lagi bgus dr IE ngan Firefox...x pcaya.... try la gna...
![]() |
| husna8 | Dihantar: 2010/2/12 15:53 Kemaskini: 2010/2/12 15:53 |
Ahli Junior ![]() ![]() Ikut: 2009/10/26 Dari: Ipoh, Perak Kiriman: 14 |
Aik, npe kt makmal bestari gune IE lg? Nnti diorg hijack kang, bru tauu...
![]() |

















