"|SMK Raja Permaisuri Bainun 30020 Ipoh Perak. |Tel : 05 526 7522 | Fax : 05 526 5334 | Email : pejabat@smkrpbainun.net |"
Daftar Masuk
Nama Samaran:

Kata Laluan:


Lupa Kata Laluan?

Daftar Sekarang!
Menu Utama
Menu Sekolah
Menu Pelajar
Aplikasi Talian
Kiriman Terbanyak
1 admin 586
2 eCliPs 208
3 miNekO 147
4 burhan 61
5 Helmy 58
6 -armyQ 56
7 jack 49
8 awie 47
9 fanad 46
10 d_daNi 37
Artikel Terkini
Kasih Seorang... [2009-09-13 21:44:06]
...
Muhasabah Dir... [2009-09-13 21:32:52]
...
Hentikan IE [2008-12-25 15:20:53]
...
25 pesanan Lu... [2008-10-28 20:01:13]
...
Al-Haitham - ... [2008-10-23 20:51:48]
...
Keseimbangan ... [2008-10-23 20:44:49]
...
Apakah Hostin... [2008-10-18 16:17:46]
...
Sekolah Klust... [2008-10-18 11:54:19]
...
Artikel Popular
Ahli Baru
NHMS 2010/9/3
shayz 2010/9/2
asdf 2010/8/27
asdfas 2010/8/27
nadey 2010/8/27
azniza 2010/8/27
saxist 2010/8/22
isd 2010/8/22
bo0lat 2010/8/21
anyse 2010/8/21
e_pain 2010/8/21
eepara 2010/8/17
syamil 2010/8/13
Undian
Berapa jam anda mengulangkaji pelajaran dalam sehari?
Kurang dari 1 jam
1 jam
2 jam
3 jam
4 jam
Tetamu Di Talian
7 pengguna sedang online (1 pengguna sedang melayari Artikel)

Ahli: 0
Pelawat: 7

lagi...
Jumlah Pelawat
Ibuku Seorang Pembohong
  Diahntar pada Mon 13 Oct 2008 oleh admin (14263 kali dibaca)

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Sumber dari email seseorang..
Indek :: Cetak :: E-mail
Komen ini dimiliki oleh pengirim. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya.
Pengirim Thread
nora
Dihantar: 2008/10/15 15:13  Kemaskini: 2008/10/15 15:13
Moderator
Ikut: 2008/10/8
Dari: bumi Allah
Kiriman: 35
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
Admin....
Sebak bila habis baca....
cerpen yang bagus. TAHNIAH
nazri
Dihantar: 2008/10/15 15:36  Kemaskini: 2008/10/15 15:36
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/15
Dari: perak
Kiriman: 15
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
cerpen yang begitu menyentuh hati nurani pembacanya...

diharap setiap warga bainun lebih2 lagi pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang ingin disampaikan dari cerpen tersebut..

JADILAH ANAK YANG BAIK SEMENTARA MASIH ADA KESEMPATAN...
ana
Dihantar: 2008/10/15 16:52  Kemaskini: 2008/10/15 16:52
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/13
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
Tahniah...cerpen yg begitu mnyentuh jiwa...OLEH ITU,HARGAILAH IBU DAN BAPA..SEMENTARA MEREKA MASIH ADA...sedarilah betapa besarnya pengorbanan mereka selama ini...kasih ibu bapa sampai ke syurga...
ciku
Dihantar: 2008/10/15 20:21  Kemaskini: 2008/10/22 1:01
Webmaster
Ikut: 2008/8/10
Dari: Antartika
Kiriman: 26
 Ibuku Seorang Pembohong
memang tragis betul cerita tu. kalau nak effect lebih, baca masa malam dan dengar lagu sudirman.. ayah dan ibu..
nadia
Dihantar: 2008/10/16 9:55  Kemaskini: 2008/10/16 9:55
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/16
Dari:
Kiriman: 4
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
mak oi..
sedey giler..
terase ak..
huhu,...
mak!!!!!!!!!!!!!!!!
admin
Dihantar: 2008/10/18 0:52  Kemaskini: 2008/10/18 0:52
Webmaster
Ikut: 2008/8/8
Dari: Jauh...
Kiriman: 586
 Ibuku Seorang Pembohong
Maknanya jiwa anda belum mati....
bake
Dihantar: 2008/10/18 14:27  Kemaskini: 2008/10/18 14:27
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/16
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
hmmm
sakura
Dihantar: 2008/10/19 17:03  Kemaskini: 2008/10/19 17:03
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/9
Dari: Ipoh, Perak
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
Insaf dan syahdu membacanya... Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibuku dan kasihilah dia sebagaimana dia mengasihi ku semasa kecil hingga kini... Ameen...
burhan
Dihantar: 2008/10/20 17:32  Kemaskini: 2008/10/20 17:32
Moderator
Ikut: 2008/10/20
Dari: Taiping
Kiriman: 61
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
Sodey tol...
I LOVE MY MOTHER!!!!!
<3<3<3<3<3
ake3m
Dihantar: 2008/10/20 17:38  Kemaskini: 2008/10/20 17:38
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/20
Dari: Ipoh Perak
Kiriman: 10
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
hurm..
pembohongan yg baik..
pesanan pada kengkawan jangan tipu mak bapak sebab mak bapak korang bley tau kalo korang tipu..pecayelarrrr...
fikkri
Dihantar: 2008/10/23 17:40  Kemaskini: 2008/10/23 17:43
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari:
Kiriman: 4
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
pemb0h0ngan mak die 2 ade y l0gik, ade y x
tp mmg cite nie bertujuan nk bg kesedaran,k fine
jd, sayangilah mak bapak anda
p-qah
Dihantar: 2008/10/26 12:36  Kemaskini: 2008/10/26 12:36
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/16
Dari: ipoh mali
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
hmmm..
slama nie ibuku membohongiku...
nur
Dihantar: 2008/10/27 8:46  Kemaskini: 2008/10/27 8:46
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/27
Dari: ipoh, Perak
Kiriman: 7
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
hargaila jasa ibu anda...biarla mrk mengalirkan air mata utk kejayaan kita dan bukannya kegagalan kita....fikir2 kanla...
lopi
Dihantar: 2008/10/28 9:27  Kemaskini: 2008/10/28 9:27
Moderator
Ikut: 2008/10/16
Dari: Kaki langit
Kiriman: 24
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
Syurga dibawah telapak kaki ibu. Sayangilah ibu anda kerana ibu hanya seorang bagi setiap anak.
waR_iT
Dihantar: 2008/11/2 16:07  Kemaskini: 2008/11/2 16:07
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari:
Kiriman: 4
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
Mmg la kekadang tu bile kite marah sgt kat mak pak kita,kita ckp mcm2.Tp bile depa dah xde,baru ler nak nyesal
sluppy
Dihantar: 2008/11/3 13:51  Kemaskini: 2008/11/3 13:51
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari: madagascar
Kiriman: 4
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
sygi ibu anda..
aintaj
Dihantar: 2008/11/3 13:54  Kemaskini: 2008/11/3 13:54
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/23
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
sdeynyer...
hasina
Dihantar: 2008/11/3 14:05  Kemaskini: 2008/11/3 14:05
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/23
Dari: somewhere
Kiriman: 9
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
yaa...sygi ibu anda slagi dia masih bernyawa...
buat ibu,
aku berbangga dgn milikku...mempunyai ibu sehebatmu...
eCliPs
Dihantar: 2008/11/12 12:15  Kemaskini: 2008/11/12 12:15
Moderator
Ikut: 2008/11/2
Dari: Hujung Dunia
Kiriman: 208
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
ibu berbohong demi kebahagiaan kita..
kita pula berbohong demi kepentingan diri sendiri.
hasina
Dihantar: 2008/11/28 12:27  Kemaskini: 2008/11/28 12:27
Ahli Junior
Ikut: 2008/10/23
Dari: somewhere
Kiriman: 9
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
betapa besarnya kasih ibu...
nadia
Dihantar: 2008/11/28 13:59  Kemaskini: 2008/11/28 13:59
Ahli Baru
Ikut: 2008/10/16
Dari:
Kiriman: 4
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
sdey dowh bace cite nih...
melimpah2 air mate aku..
huhuh..
mak!!!!!!!nadia syg mak!!!
fai
Dihantar: 2008/12/4 13:50  Kemaskini: 2008/12/4 13:50
Ahli Baru
Ikut: 2008/12/4
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
wawawa...touching...siot
kema
Dihantar: 2008/12/14 13:20  Kemaskini: 2008/12/14 13:20
Ahli Baru
Ikut: 2008/11/3
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
hari ni birthday mak!! selamat hari jadi, mak. adik sayang mak.... sayangilah ibu anda n ingatilah segala pengorbanannya selama ini.....
miNekO
Dihantar: 2008/12/31 20:52  Kemaskini: 2008/12/31 20:52
Moderator
Ikut: 2008/12/12
Dari: ipoh,perak
Kiriman: 147
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
sayangilah,hormatilah,turutilah,ibu anda sementara masa masih ada walaupun ibu anda suka membebel ke ape ke apa yg pntg die ttp ibu kite
fanad
Dihantar: 2009/3/20 14:37  Kemaskini: 2009/3/20 14:37
Ahli Senior
Ikut: 2008/10/16
Dari: on the earth...
Kiriman: 46
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
aku sayang family aku!!!aku sayang ibu aku!!!!aku harap doa dari ibu aku!!!
doakan kejayaan saya dlm pmr tahun ni!!!
ann91
Dihantar: 2009/3/24 23:02  Kemaskini: 2009/3/24 23:04
Ahli Baru
Ikut: 2009/3/24
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
lps baca terus nangis.....
tak tau lah..
rasa2 byk dosa neyh...
awie
Dihantar: 2009/5/5 18:38  Kemaskini: 2009/5/5 18:38
Ahli Senior
Ikut: 2008/10/16
Dari: anywhere™
Kiriman: 47
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
huh...
cedihnye...
menarik sungguh cite nih...
kalau la ade cite len...bertambah menarik la..
_0427_
Dihantar: 2009/5/8 18:13  Kemaskini: 2009/5/8 18:13
Ahli Baru
Ikut: 2009/5/8
Dari: bawah tanah
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
huh..
so sweet..
harap kebohongan itu akan terbalas
aLx
Dihantar: 2009/8/6 15:59  Kemaskini: 2009/8/6 15:59
Ahli Baru
Ikut: 2009/8/6
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
sedih gle cte nie..

hargailah ibu anda semasa dia masih hidup di dunia ini..
kerana dalam kehidupan ini kita hanya mempunyai seorang ibu sahaja didunia..janganlah kita mengabaikan ibu kita walau sesaat sekalipun kerana syurga itu terletak di bwh kaki ibu..
iela
Dihantar: 2009/8/7 21:40  Kemaskini: 2009/8/7 21:40
Ahli Baru
Ikut: 2009/6/22
Dari:
Kiriman: 2
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
tul tu btol......
Adie
Dihantar: 2010/2/15 5:08  Kemaskini: 2010/2/15 5:08
Ahli Senior
Ikut: 2008/12/24
Dari: Antare 2 Batu
Kiriman: 22
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
ya ALLAH..ko pjgkanlar umo mak aku...jgn bg dy pegi lg... ak xpuas lg nk b'sme ngn mak aku ni...
MAMA!!!!!SAYE SAYANG MAMA SANGAT2!!!AMPUNKAN SGALE DOSE2 SAYE!!!!
golek
Dihantar: 2010/3/28 14:38  Kemaskini: 2010/3/28 14:38
Ahli Baru
Ikut: 2009/9/6
Dari:
Kiriman: 2
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
ini bermakna seorang ibu sangup korban apa saja janji kita hidup bahagia...
seperti dlm artikel ini seorangibu tidak kisah pasal diri sendiri janji die nak anak die hidup denag..
die tak nak anak die jadi mam die bila dah dewasa.....
saya sayang mak saye
nhs
Dihantar: 2010/6/18 21:44  Kemaskini: 2010/6/18 21:44
Ahli Baru
Ikut: 2010/6/18
Dari:
Kiriman: 1
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
ya allah..byknye jasa2 ibu untuk kita..

ibu,SAYA SAYANG IBU!!
husna8
Dihantar: 2010/8/8 14:34  Kemaskini: 2010/8/8 14:34
Ahli Junior
Ikut: 2009/10/26
Dari: Ipoh, Perak
Kiriman: 14
 _CM_RE: Ibuku Seorang Pembohong
Sye syg ibu sye! Dh la die tgh pregnant!!!
"|Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Terima kasih.|"